Saturday, 20 August 2011

MENCARI GANJARAN LAILATUL QADAR

Saya begitu teruja mendapat infomasi dari DDrfauziah di blognya mengenai mencari barakah Lailatul Qadar.  Ternyata tidak terlalu sukar.  Alhamdulillah.

Jadi memang tidak ada alasan untuk kita tidak mendapat sebaik-baik ganjaran sempena Lailatul Qadar ini.  Apapun amalan baik kita akan berlipat ganda 1000 bulan.

Untuk mendapat rahsia bagi mencari ganjaran pahala ini silalah ke blog beliau.  Tapi saya juga 'copy paste' N3 beliau di bawah ini untuk tatapan anda.

Friday, August 19, 2011

لیلة القدر (MALAM LAILATUL QADAR) MARI USAHAKAN SEMAKSIMA BARAKAHNYA DI RAMADHAN INI

Umumnya setiap seorang Islam tahu malam yang teristimewa di bulan Ramadhan Al Mubarak ialah malam Lailatur Qadar. Tapi tiada seorang insan pun yang tahu dengan tepat dan yakin bilakah malamnya.

Majoriti Ulama sudah sepakat merumuskan bahawa malam istimewa ini akan hadir dalam 10 malam terakhir setiap bulan Ramadhan. Ulama juga menegaskan bahawa dengan RahmatNYA jua, banyak bukti menjuruskan bahawa Malam Lailatul Qadar ini jatuh pada malam ganjil akhir Ramadhan.

Jadi, berasaskan rumusan ini, tidaklah terlalu sukar untuk kita dapat bertemu dan mendapat ganjaran Malam Lailatul Qadar. Malam ini nanti bermulalah sepuluh terakhir Ramadhan tahun ini.

Selanjutnya pula, kita mahu mencari malam-malam yang ganjil. Malam besok ialah malam ke 21. Malam-malam ganjil selanjutnya pula ialah malam hari-hari Isnin, Rabu, Jumaat, dan Ahad iaitu bersamaan malam- malam 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Tentu amat bijaksana juga jika kita sama-sama cuba mendapatkan semaksima barakah Lailatul Qadar dengan menghambakan diri sepenuhnya, iaitu dengan beribadah sepanjang malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir Ramadhan ini ke tahap maksima. Hakikatnya, kita hanya mendapat peluang ini sekali saja setahun.

Mari kita berdoa dengan penuh rendah diri kepada Allah SWT, memohon supaya dipanjangkan umur dan akan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar tahun ini. Tahun ini, insya Allah rahmatNYA sudah amat hampir.

Jangan tangguhkan untuk tahun-tahun akan datang pula kerana hakikatnya juga Ramadhan tahun depan masih jauh. Sementara itu kita juga tidak tahu samaada kita akan dipanjangkan umur dan berpeluang bertemu Ramadhan di tahun akan datang.

Marilah juga kita maksimakan usaha beribadah. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh tahun ini, insya Allah kita akan mendapat sepenuh barakah dan nikmat Malam yang teristimewa ini, iaitu Malam Lailatul Qadar.

Kata Ulama, seseorang yang bertemu dengan Lailatul Qadar itu insya Allah akan terus merasa dingin badannya kerana dihampiri oleh para Malaikat. Tetapi rasa ini hanya seketika saja. Jadi mungkin juga tidak begitu disedari sangat.

Sesuatu yang harus diingati juga ialah jika kita benar-benar merasai kedinginan itu, kita harus menutup rapat rahsia itu kerana menjaga barakah dariNYA itu dan juga menjauhkan dari terjadi riak. Ertinya, sesiapa yang bertemu dengan Malam Lalilatul Qadar harus hanya memanjat setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT. Sebaik-baiknya segeralah juga membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوّ تُحِبُّ الْعَفُوَ فَاعْفُ عَنِّي
(Allahuma innaka a‘afuwwun tuhibbul a‘afwa fa‘afu a‘anni)

Maksudnya: Ya Allah Yang Maha Pengampun. KAU memang Maha Pengampun, jadi ampunlah kami.

Posted by DDrfauziah at 5:28 PM 29 comments Labels: Faith

6 comments:

  1. Salam Sani.
    Oh, dari kak G ya?

    ReplyDelete
  2. Salam Sani.
    Usaha yang terpuji.

    ReplyDelete
  3. Asmkm.
    Mohon maaf ya.
    Kak G lewat berkunjung balas kerana terkekang waktu - kiranya angkara terlalu ambitious!

    Hmmm, thanks ya.

    ReplyDelete
  4. Salam Sani.
    Semua adalah rahmat rezeki Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal Sani.
    Kira penghargaan kepada kak G la ni ya? :)

    ReplyDelete
  6. Salam Sani.
    Kak G selalu kongsi yang baik.

    ReplyDelete