Wednesday, 26 October 2011

MUNGKIN BEREHAT SAJA

Hari tu aku register jadi blogger sebab kata kawan bila stress2 boleh lepak melalui maya ni.  Tapi nak lepak pun nak la bertempat dan berbaloi.

Sekarang rasa macam tak sesuai dengan jiwa aku.  Mungkin aku expect too much.

Haritu aku jumpa blog yang sesuai dengan jiwaku.  Tiba-tiba pula blog tu hilang.  Tunggu-tunggu pun tak juga balik semula.

Aku memang tak faham apa yang terjadi.  Tapi aku tetap tertanya-tanya.  Mengapa blog sebaik dan setulus itu tiba-tiba saja tak ada?  Entahlah!!!

Mungkin aku berehat saja dari blogging.  Geli hati juga.  Aku belum lagi lama, tapi dah rasa boring!

Sunday, 2 October 2011

ELAK KOLESTROL TINGGI

Tak semestinya semua yang mempunyai kolestrol tinggi itu gemuk.  Tetapi kolestrol yang tinggi adalah salah satu punca yang akan menyebabkan penyakit jantung.

Bila doktor berkata begitu, pening juga dibuatnya.  Rasa macam tak logik semasa doktor kata orang yang kurus pun ramai mengalami masaalah kolestrol tinggi ini.

Hakikatnya begitu.  Jadi kita kena kawal diet makanan.  Setiap mesti elakkan kolestrol tinggi di dalam sistem badan.

Antara caranya ialah kita mesti pastikan pengambilan lebih sayur-sayuran dan bijirin.  Makanan serat mesti baik dan makanan yang mempunyai kandungan minyak mesti dikurangkan.

Cakap memang senang.  Tetapi memang tak semudah itu untuk disiplinkan diri supaya semuanya dipatuhi.