Wednesday, 26 October 2011

MUNGKIN BEREHAT SAJA

Hari tu aku register jadi blogger sebab kata kawan bila stress2 boleh lepak melalui maya ni.  Tapi nak lepak pun nak la bertempat dan berbaloi.

Sekarang rasa macam tak sesuai dengan jiwa aku.  Mungkin aku expect too much.

Haritu aku jumpa blog yang sesuai dengan jiwaku.  Tiba-tiba pula blog tu hilang.  Tunggu-tunggu pun tak juga balik semula.

Aku memang tak faham apa yang terjadi.  Tapi aku tetap tertanya-tanya.  Mengapa blog sebaik dan setulus itu tiba-tiba saja tak ada?  Entahlah!!!

Mungkin aku berehat saja dari blogging.  Geli hati juga.  Aku belum lagi lama, tapi dah rasa boring!

Sunday, 2 October 2011

ELAK KOLESTROL TINGGI

Tak semestinya semua yang mempunyai kolestrol tinggi itu gemuk.  Tetapi kolestrol yang tinggi adalah salah satu punca yang akan menyebabkan penyakit jantung.

Bila doktor berkata begitu, pening juga dibuatnya.  Rasa macam tak logik semasa doktor kata orang yang kurus pun ramai mengalami masaalah kolestrol tinggi ini.

Hakikatnya begitu.  Jadi kita kena kawal diet makanan.  Setiap mesti elakkan kolestrol tinggi di dalam sistem badan.

Antara caranya ialah kita mesti pastikan pengambilan lebih sayur-sayuran dan bijirin.  Makanan serat mesti baik dan makanan yang mempunyai kandungan minyak mesti dikurangkan.

Cakap memang senang.  Tetapi memang tak semudah itu untuk disiplinkan diri supaya semuanya dipatuhi.

Wednesday, 31 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Setelah sebulan berpuasa wajib di bulan Ramadhan, kini kita merayakan kejayaan beribadah itu di bulan Syawal.  Semoga semuanya diberkati oleh Illahi.  Amin.

SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, 20 August 2011

MENCARI GANJARAN LAILATUL QADAR

Saya begitu teruja mendapat infomasi dari DDrfauziah di blognya mengenai mencari barakah Lailatul Qadar.  Ternyata tidak terlalu sukar.  Alhamdulillah.

Jadi memang tidak ada alasan untuk kita tidak mendapat sebaik-baik ganjaran sempena Lailatul Qadar ini.  Apapun amalan baik kita akan berlipat ganda 1000 bulan.

Untuk mendapat rahsia bagi mencari ganjaran pahala ini silalah ke blog beliau.  Tapi saya juga 'copy paste' N3 beliau di bawah ini untuk tatapan anda.

Wednesday, 10 August 2011

SELAMAT MEMULIAKAN RAMADHAN AL MUBARAK

Kita sudah pun berpuasa selama sepuluh hari.  Begitu cepat masa berjalan.  Pejam celik kita semakin hampir ke petengahan bulan Ramadhan yang mulia ini.

SELAMAT BERIBADAH
DI BULAN RAMADHAN

Sama-samalah kita cuba lakukan sebanyak-banyak amalan kerana ganjaran pahalanya berganda.  Kita juga nantikan Lailatulqadar untuk ganjaran terbaik.

Tuesday, 26 July 2011

AKU PUN JADI BLOGGER

Kawanku kata, 'Ko daftar masuk saja.  Boring-boring kau boleh tulis saja!'
 
Pening juga aku dengan logik tu.  Tapi setelah sekian lama, aku daftar saja juga la!